Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath Anniversary tickers Daisypath Happy Birthday tickers

tony-parker-eva-longoria-wedding-ring-set-7-10-07

Gambar Di atas Hanyalah Hiasan Semata-mata

Cincin yang pertama me terima dari seorang lelaki ialah dari my first love, Mr. R aka Bonta-kun. Sebelum itu memang me pakai cincin tapi just cincin yang childish. Sebab masa tu still remaja lagi. Waktu tu kami baru sebulan couple dan dia buat kejutan dengan hadiahkan cincin silver dengan batu yang boleh bertukar warna (biru & purple). Me tak tau jenis batu ni sebab bukan gemstone expert. Tapi first time terima cincin masa tengah angau bercinta, memang perasaan tu tak dapat digambarkan. He he… But lawaknya, masa cincin tu disarung ke jari manis, tiba-tiba me tergelak. Mr. R pulak terkejut. Sebab? Cincin tu terlalu besar untuk jari me yang kecil. Tapi me tetap pakai dengan letak masking tape supaya tak tertanggal.

Cincin kedua, selepas 1 year kami couple. Kali ni cincin emas putih dengan berlian. Tapi bukan berlian yang mahal sebab masa tu pun kami masih study. Kali ni pun surprise walaupun me dah dapat agak sebab Mr. R asyik compare jari manis me dengan jari kelingking dia. Tapi cincin ni terpaksa dihantar ke kedai sebanyak dua kali untuk dikecilkan. Hingga sekarang, me masih pakai kedua-dua cincin ni kalau pergi kerja kecuali hari Jumaat. Dan cincin kedua nilah yang me paling sayang. Masa nak beli cincin kawin last Saturday, salesperson yang entertain kami pun terkejut bila dapat tahu cincin tu dah lebih 6 tahun dipakai. Sebab nampak dijaga dengan baik. J

Cincin ketiga, cincin emas belah rotan masa merisik. Cincin ni dibeli oleh emak Mr.R sebab masa kami cari, tak jumpa yang kecil. Kalau nak kecilkan, tak ada yang sesuai. Nak tempah pulak, memang dah tak sempat. Jadi emak dia belikan di SP. Agak longgar tapi me tetap pakai, double dengan cincin kedua tu.

Cincin keempat ialah cincin tunang. Emas kuning juga sebab emak me tak bagi beli cincin white gold. Cincin yang simple je sebab masa tu pilihan sangat terhad. Dengan bajet tak tinggi + nak cari yang boleh dikecilkan, memang susah. Tapi me tak kisah sangat sebab me bukanlah jenis yang demand dan suka bergaya. Cewah! Cincin ni sekarang dah agak ketat. Sebab berat me dah naik dari 39 kg masa bertunang ke 46kg sekarang. What?? Mana datang 7kg tu lagi?

Cincin kelima… sob..sob… ini yang sedih + terharu…. Last Saturday, kami pergi ambil baju nikah yang ditempah di Anniesa Collection di Medan MARA Jalan TAR. Lepas tu pergi cari tudung, selendang, sampin pulak. Waktu di Semua House, Mr.R cadangkan pergi cari cincin. So kami masuk Habib Jewels. Baru tahu, every Saturday Habib Jewels bagi diskaun 50%.

Kriteria pemilihan Mr. R: White gold + berlian, simple tapi elegan & says, “Will u marry me?”

Kriteria pemilihan me: Under budget, simple & says, “I’m happy with my marriage. So you won’t ge my phone number.” Walaupun me suka white gold tapi me tak kisah asalkan tak melampau bajet yang dibuat.

Saleperson Habib Jewels memang sabar layan kami yang banyak tanya. Pilihan memang banyak tapi.. bila berkenan, harga terlalu tinggi. Kalau dua2 dah ok, cincin tu pulak tak boleh dikecilkan. Yang me berkenan, Mr. R kureng berkenan. Ada je yang tak kena. Tapi masalah paling banyak, cincin tak boleh dikecilkan. Jadi salesperson tu suggest pergi Emas Sri Pinang. So, kami pergi ke kedai tu. Kecil je kedainya tapi very the sombong. 5 minit kami kat situ, tak ada siapa nak layan tau! Mungkinkah sebab waktu tu kami cuma memakai t-shirt, jeans, sandal & me bawa beg sandang seperti remaja sweet 17? Huhu… kami pun tak pasti. Kalau sebab itulah, memang dia orang buat BIG MISTAKE. Don’t judge peoples with their clothes!

Selepas misi mengambil baju yang bertukar menjadi misi mencari cincin di KL tak berjaya, kami ke Carrefour Wangsa Maju. Plan asal nak survey harga fridge & beli kain ela nak buat baju bertandang. Tapi bila nampak Wah Chan, Mr.R ajak masuk. Kebetulan masa tu ada diskaun sempena Valentine Day. Tapi diskaun 70% tu untuk cincin yang tersangattt tak lawa designnya. But, cari punya cari (actually, Mr.R yang tengok satu-persatu sebab me dah penat :-/ ), Mr. R berkenan pada sebentuk cincin yang memang menepati kriteria dia. Tapi harganya, 2 kali dari bajet kami. Me akui, cincin tu memang menepati apa yang me nak. Tapi harganya buat me tak bersetuju. Terlalu mahal dan me tak mahu dia spent terlalu banyak bagi sebentuk cincin. Tapi Mr. R tetap bertegas (hu..hu…) dan kata biarlah cari yang memang berkenan kat hati walaupun mahal sebab cincin ni akan pakai seumur hidup. Ok. Titik. Noktah. Kalau dia dah kata begitu, itu pilihan dia, me terima. Dan me cakap, “ok, this is the last ring but next time I will asked for bracelet, etc.” Sebabnya kalau masuk cincin ni, koleksi cincin me dah jadi 5 bentuk. Ni baru betul Lord Of The Rings. Dan seperti biasa, cincin tu mesti dikecilkan ke saiz 7 supaya kali ni me tak perlu pakai double dengan cincin lain atau letak masking tape & sesuai dengan ‘kesihatan’ jari me. Harap-harap lepas ni berat tak naik lagi.

Lepas keluar dari kedai tu, Mr.R nampak sangat lega. Mungkin sebab dah tak perlu bawa duit cash yang banyak (Me pun tak sangka dia bawa duit cash sebanyak itu) Dia cakap, puas hati sangat sebab beli cincin tanpa diskaun dan paling penting TUNAIIII!

Me? Speechless….

Nak Beli Cincin Silver 925 Dengan Harga Berpatutan? Klik Sini —> RALS SILVER

Tags: , , ,

7 Responses to “Cerita Tentang Cincin Pulak…”

  1. Anonymous says:

    sweetla

  2. ja says:

    Salam…banyaknyer cincin..i nak tanya la.Kalau nak banding diamond ring kat wah chan dan habib jewels…yg mana lebih elok dah lebih murah??…takut tertipu dengan brand je..harap me boleh reply

  3. mohd says:

    SAYA ADA MENJUAL CINCIN KAHWIN 18Ct white gold diamond ring.sesiapa berminat boleh hubungis saya .rm2200..kat wahchan habib jewels pun tak dpt semurah ini.Siuapa cepat dia dapat..BERLIAN ASLI..CLARITY SI1 CUT round brilliant. CARAT 0.75.phone 0175610944

  4. Sakura Rals says:

    ha… siapa nak beli cincin kawen, contact encik mohd ni ye :-D

  5. cik aish says:

    ectelly kan….cincin kat TOMEI sangat cantik , modern dan macam2 latest design..i beli kat poh kong..then g tomei nyesal nyeee..sbb lg byk choice!!

  6. aku adalah aku says:

    sebak hati ku baca kisah nie……. membuatkan aku mengimbau kenangan yg lama….. mudah2an Sakura bahagia selamanya dgn Mr.R…. salam ramadhan……

  7. Sakura Rals says:

    terima kasih kerana membaca :-)

Leave a Reply

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>