Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath Anniversary tickers Daisypath Happy Birthday tickers
Sakura Rals on January 16th, 2012

Silver 925 Necklaces Batch 1 : CLICK HERE

Silver 925 Necklaces Batch 2 : CLICK HERE

18K White Gold Plated Necklaces Batch 1 : CLICK HERE

Silver 925 Bracelets Batch 1 : CLICK HERE

Silver Plated & Stainless Steel Bracelets : CLICK HERE

Silver 925 Earrings Batch 1 : CLICK HERE

Silver 925 Rings Batch 1 : CLICK HERE

Silver 925 Rings Batch 1 : CLICK HERE

Sakura Rals on January 27th, 2012

Masa balik Kedah hari tu, me mabuk naik kereta pulak. Tak pernah-pernah rasa macam tu. Kepala pening, rasa loya dan angin satu badan. Nasib baik Mr.R bawa minyak yuyi si kecik. Letak kat tapak kaki, lega sikit. Angin satu badan tak hilang sampai hari Ahad tu. Jadi MIL rebuskan daun inai buat air mandian untuk me. Tq mak :-) Best woo… jadi menantu Puan Rosna kekeke….

Lepas dah mandi air rebusan tu 2,3 kali, angin dah banyak kurang. Badan pun rasa fresh. Maybe sebab last week banyak kali tidur lambat + minum kopi 3 in 1 banyak, jadi angin satu badanlah jawabnya.

Bila dah balik rumah, mana nak cari daun inai kan. Walaupun badan dah kurang angin, tapi nak maintain mandi herba macam tu juga. Bagus untuk tubuh. Bukan susah sangat pun. Cuma rebus dan siap untuk mandi. Tapi mana nak cari herba-herba yang baik untuk buat mandian?

Jawapannya…

Walaupun Compress Herbs ni sesuai untuk bertungku, tapi sesuai juga untuk buat mandian herba. Tak payah nak cari halia bara, serai wangi, daun limau purut, daun asam jawab dan sebagainya. Semuanya dah ada dalam ni.

Masuk dalam periuk

Didihkan sampai macam ni

Tara….

Dah siap untuk mandi. Nak masukkan dalam baldi pun senang sebab herba-herba tu dalam pek kain tu. Cuma masukkan air paip untuk bagi suam-suam sikit, mandi…. Kalau ada bath tub, boleh berendam dalam 15-30 minit.

Kalau nak lagi pekat, boleh buka tali pengikat dan biar herba-herba ni dalam kain masa dididihkan. Jangan lepaskan dalam periuk. Nanti jenuh pulak nak menapis. 1 pek boleh tahan 5-6 kali rebusan.

Nak beli pek herba ni? Boleh tengok kat sini —> KLIK SINI

Baca lebih lanjut tentang mandian herba —> KLIK SINI

Tags:

Sakura Rals on January 26th, 2012

Yang ini kami tak pergilah masa balik SP hari tu. Cuma masa kat atas Gunung Jerai tu, me ternampak pulau ni. Sebab yang buatkan me tertarik ialah ada jambatan menuju ke pulau ni. Tak sangka pula ada pulau di Yan. Tak pernah dengar pun. Jadi, balik tu me pun men “google”. Jumpalah info pasal pulau ni. Bila cerita dengan Mr.R, dia pun tak tahu pasal pulau ni dan terkejut dengan fakta berkenaan pulau ni. Apa dia? Jom baca…

Pulau Bunting ni asalnya nak buat tempat ala eco-tourism. Jadi, dibuatlah jambatan sepanjang 2.3 km, siap dengan arch kat tengah-tengahnya. Memang cantiklah jambatan ni. Sebab tu me tertarik nak tahu bila nampak dari Gunung Jerai tu. Kos? 7 bilion RM tau! Giler banyak duit tu. Dibina antara tahun 2002 hingga 2005 oleh Gamuda. Projek under JKR.

Tapi entah mana silapnya, pulau ni tak menonjol untuk jadi tempat eco-tourism. Atau mungkin sebab pihak berkenaan tak jalankan tugas dengan betul. Jadi pulau ni tak popular dan tak ada pun dalam senarai tempat menarik kat Kedah. Silap sapa tu?? Atau pulau ni ada hantu kot (scaryyyyy). Pulau ni pun asalnya tak ada penghuni. Jadi, idea si bijak mana yang nak buat jambatan ni pada asalnya? RM7 Billion habis macam tu je bila jambatan ni dapat nama baru – “Gajah Putih”.

Kalau berani, bolehlah jalan kaki ke pulau ni :-P

Jom kita tengok gambar jambatan 7 bilion ni. Gambar kredit to Mr. Forest Ang

Jambatan yang cantik

Terbiar

Dipagar

Arch jambatan

Tags:

Sakura Rals on January 25th, 2012

- Semakin cerewet bab makan

- Masih bangun sekurang-kurangnya sekali waktu malam

- Dah bebas dari puting (pencapaian terbaik)

- Dah boleh sebut beberapa perkataan dan faham maksud perkataan tu.

- Makin manja dengan ayah dia

- Dah reti pakai seluar dan kasut walaupun kena tolong sikit-sikit

- Kuat bercakap. Iya kan saja walaupun dia cakap bahasa german dia.

- Sihat dan aktif. Alhamdulilah :-)

Suka minum milo!

Dah minum milo, baru kuat nak tarik mama!

Mama & ayah sayang sangat pada awak! Tapi kadang-kadang kena jadi garang juga sebab awak nakal!

Sakura Rals on January 24th, 2012

Layan gambar je lah….

Tempat yang ada view cantik, udara fresh, sejuk jugalah walaupun dah tengahari.

Posing ala diva :-P Rizqi buat spoil gambar je kekeke….

Bukti!

Picnic lagi! Lepas tu main ayaq lagi! Pantang nampak air, mesti naik main.

Comel tak??

Tags: ,

Sakura Rals on January 22nd, 2012

Balik SP, berjalan je lah kerja kami. Plan penuh macam pergi bercuti kekeke…. PIL tahu cucu dia suka main ayaq, jadi kami pergi Titi Hayun untuk mandi sungai. Tapi yang mandi sungai, Rizqi je lah. Mr.R dengan adik dia, tukang pegang si Rizqi je dalam air dan jadi mangsa simbahan air oleh si kecik ni. Oh… btw, hari tu Rizqi sebut ayaq bila nampak sungai huhu…

Kami pergi dekat tengahari. Sampai sana, terus makan tengahari. Lepas tu baru bawa si kecik masuk dalam air. Kat sini ada titi hayun atau jambatan gantung. Teringin jugak nak naik. Tapi kena naik bukit sikit. Cancel lah. Malas nak panjat bukit :-P

Gambar…

Berendam sampai kecut.

Kali ni berani pulak naik pelampung macam ni.

Kat Titi Hayun ni ada chalet. Tak pasti berapa caj satu malam.

Copy paste dari sini: http://www.correctplace.com/Sub/Sightseeing16.html

Titi Hayun Recreational Forest is situated in Gunung Jerai Reserved Forest. It is classified as lowland Dipterocarp Forest. Located in Yan Besar, Yan District and is  about 33 km from Sungai Petani town.

Along the journey to this recreational area, visitors would have the opportunity to observe paddy fields,  fruit orchards, rubber estates and traditional Malay villages.

The recreational forest got its name from the suspension bridge nearby which leads to the starting point of the steps to the peak of Gunung Jerai , known as Tangga Kenari Seribu Tahun (Appliances Kenari Year 1000) .

The trails route was made of concrete stairs at a distance of  4793 metres to Gunung Jerai Resort with 1,334 total number of stairs:

( 1st Level : 1162 stairs/ 2nd Level : 30 stairs/ 3rd Level: 142 stairs)

It is the longest  and most stairs in the forest ever built  that is human in mutual, triggered by an idea of  the former Chief Minister of Kedah,Tan Sri Dato ‘Sri Sanusi Junid in his aims to promote nature-based tourism industry on May 5, 1997.

Uniquely, the stairway was built without involving the cutting of trees along the route of the timber. Appliances Kenari is also often used as a training “Jungle Trekking” by secondary schools and training centers to encourage cultural motivation to climb hills fitness andrecreation and to inculcate the spirit of  love for nature God.

As for visitors who like challenges,  Appliances Kenari Year 1000 is an interesting place to try. Trail that berliku-Prabowo and is in the path of reaching more than 45 degrees is very challenging and physical energy mental fatigue and difficulty this may not be felt because of the beauty of  flora and fauna along the trail is very fascinating.

Apart from these, there is also another interesting 3 km trekking trails to explore that leads to the Puteri Mandi waterfalls.

Titi Hayun Recreational Forest has its own attractions, which offers activities like swimming, mountain climbing, trekking, wild life discovery as well as a picnic location for the whole family. Basic facilities provided by the park are chalets, dipping  pool, children playground, resting huts, food stalls and toilets.
Sila gunakan function Google Translate untuk diterjemahkan ke bahasa yang anda gemari :-P

Tags: ,

Sakura Rals on January 19th, 2012

2 hari tak makan pil multivitamin. Bateri low je. Nak buat kerja pun malas. Pagi-pagi nak bangun pun payah. 2 hari juga try tak minum kopi 3 in 1. Lagilah parah. Tengahari mengantuk giler. Rizqi tak tido, me yang belayar dulu.

Layan gambar je lah….

Sekarang ni makin susah nak suruh makan. Banyak main je. Sampai nasi pun naik kat dahi!

Bawa pergi Jusco Rawang semalam sebab pagi tu Mr.R tak sempat nak bawa pergi beli breakfast. Petang pulak me tak dapat bawa naik basikal sebab cuaca tak berapa baik. Pergi Jusco pun dah lewat. Jalan sikit-sikit je. Lain kali boleh pergi lagi.

Beli cup ni kat Jusco. Brand TollJoy. Kata anti-spill. Tapi habis ber spill-spill! Ingat nak try kurangkan minum dalam botol. Tapi kesian pulak kat Rizqi. Dahlah asyik tumpah je susu dia. Lepas tu tak boleh gigit-gigit macam puting botol. Tukar balik dalam botol. Nanti nantilah beli cup Dr. Brown pulak.